SANDAKAN: Satu kejadian pokok tumbang dilapor menghempap bumbung dan belakang Makmal Molekular Jabatan Patalogi Hospital Duchess of Kent Sandakan pada petang Rabu.
Angkatan Pertahanan Awam berkata mereka segera ke lokasi bagi membantu memotong, mengalih dan membersihkan pokok tumbang itu.
Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan hanya kerosakan kepada struktur bangunan berkenaan.