Kota Kinabalu: Enam pemain boling yang mewakili negeri ketika ini mengambil bahagian dalam Kejohanan Boling All-Stars Remaja Antarabangsa B-22 Storm ke-23 2023 yang bermula Selasa lalu di Sunway Megalanes Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Atlet tersebut ialah Cara Loh, Nur Jeehan Iezzaty Suffian, Nerven Netaneel Marcellinus dan pelajar Miasara Adawiyah Saiful (SK St Agnes ), Mohammad Danish Hakim Fadzil (SMK Sanzac), Tristen Lee Yan Wai (SM Tsung Tsin).
Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Sabah Aisyah Abdullah menyeru para pemain agar memberikan yang terbaik menentang lawan mereka.
“Ini adalah kejohanan yang besar dan ia sentiasa disertai oleh pemain dari seluruh dunia. Semoga pemain-pemain dapat beraksi dengan baik dan menang,” katanya.
Sementara itu, majlis ringkas untuk menyampaikan subsidi kepada tiga pelajar itu oleh Aisyah telah diadakan di KK Galaxy Bowl, Centre Point di sini sebelum mereka berlepas pada Selasa.
Turut hadir jurulatih Steven Lok dan ahli majlis tertinggi Chin Mui Ken, Irnee Bakri dan Mas Ayu Adam.