Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan perpaduan selesai banyak perkara dalam MA63: Anwar
Published on: Friday, December 08, 2023
Published on: Fri, Dec 08, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan perpaduan selesai banyak perkara dalam MA63: Anwar
Tenom: Biarpun baru setahun mentadibir negara, Kerajaan Perpaduan telah berjaya menyelesaikan lebih pantas dan banyak perkara yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berbanding sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar). 

Beliau berkata pelbagai langkah diambil bagi merealisasikan perkara itu, antaranya beliau mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan mesyuarat melibatkan MA63 bagi menyegerakan perlaksanaan perkara-perkara yang berkaitan.

Advertisement
Katanya, untuk Sabah sendiri banyak perkara dalam MA63 telah berjaya diselesaikan, antaranya pengembalian semula kuasa pengurusan bekalan elektrik kepada kerajaan Sabah dan kuasa meluluskan projek kecil diserah kepada negeri ini.

“..dalam tempoh setahun ini kita selesaikan lebih pantas berbanding puluhan tahun sebelumnya...saya jelaskan kerana ada tokoh politik di Sabah gunakan cerita ini untuk tarik minat orang Sabah, guna sentimen. Kalau ada fakta saya tiada masalah tetapi kalau putar belit saya terpaksa jawab,” katanya di sini, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di sini. Empangan itu dijangka siap pada 2029 dengan kos RM4 billion, dan ia mempunyai kapasiti pembekalan elektrik 187.5 megawatt.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here