Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Empangan hidroelektrik Ulu Padas penyelesaian lestari bekalan elektrik Sabah: Hajiji
Published on: Friday, December 08, 2023
Published on: Fri, Dec 08, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Empangan hidroelektrik Ulu Padas penyelesaian lestari bekalan elektrik Sabah: Hajiji
Anwar mengendalikan jengkaut sebagai simbolik pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Kemabong. Turut kelihatan ialah Hajiji (ketiga dari kiri) dan Annuar (keempat dari kiri).
Tenom: Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di sini yang akan menjana 187.5 megawatt tenaga elektrik apabila dijangka siap pada 2029, merupakan penyelesaian jangka panjang dan mampan kepada masalah bekalan tenaga elektrik di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini kerana empangan hidroelektrik itu akan menyumbang penambahan bekalan sebanyak 15 peratus kepada grid tenaga elektrik di Sabah yang merupakan sebuah penambahan signifikan.

Advertisement
Beliau berkata satu kajian juga sedang dijalankan bagi meneroka keupayaan empangan itu yang berpotensi membekalkan aliran air bersih dan stabil kepada pengguna hingga 6,000 juta liter sehari di negeri ini. 

“Ia penting sebagai penyumbang utama kepada campuran tenaga boleh diperbaharui, Empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka boleh memenuhi peningkatan permintaan tenaga elektrik Sabah pada masa hadapan apabila siap nanti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bukan sahaja memenuhi peningkatan permintaan tenaga kita, tetapi juga kritikal untuk pembangunan (industri) minyak dan gas Sabah, juga Taman Perindustrian Kota Kinabalu, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah empangan itu di sini pada Khamis.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali serta Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) Datuk Annuar Ayub.

Advertisement
Empangan yang mempunyai kawasan tadahan 1,905 kilometer persegi itu dibangunkan UPP Holdings Sdn Bhd, dan ditubuhkan hasil kerjasama strategik SEC yang juga anak syarikat kerajaan negeri, Gamuda Berhad serta Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd.

Hajiji berkata dengan memanfaatkan potensi hidro negeri yang sedia ada, Empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka dapat memacu perubahan dan menjadi pemangkin kepada transformasi yang luas kepada Sabah. 

Advertisement
Sementara itu, Ketua Anak Negeri Kemabong Emot Kandau ketika ditemui pemberita berkata empangan itu diharap dapat menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan air yang kerap dihadapi penduduk, selain meletak harapan tinggi supaya projek itu dapat disiapkan dengan tuntas.

“Kemabong sangat bermasalah bekalan elektrik dan air, ada kampung juga (mengalami) putus bekalan dua kali seminggu. Jadi apabila siap projek ini, boleh menampung keperluan dan penduduk sini boleh terus bertambah. Terima kasih kerajaan Madani  dan kita harap boleh lihat keperluan lain kita di sini,” katanya.

Beliau berkata penduduk juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan Hajiji kerana berjaya menggerakkan projek berkepentingan tinggi itu selain percaya hubungan baik kedua-dua pemimpin berkenaan mampu membawa lebih banyak pembangunan untuk Sabah.

Emot, 63, yang tinggal di kawasan itu sejak lahir berharap masalah kemudahan asas dapat diatasi bagi memastikan generasi seterusnya tidak perlu menghadapi kepayahan seperti generasinya sekali gus menikmati kehidupan lebih selesa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here