Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Tekong bot seludup 8 PTI dijel lima tahun
Published on: Friday, December 08, 2023
Published on: Fri, Dec 08, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tekong bot seludup 8 PTI dijel lima tahun
Pertuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang tekong bot pam warga Filipina dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, Khamis, kerana memperdagangkan lapan pendatang Filipina empat bulan lalu.

Pocowan, 65, mengaku bersalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faridz Gohim Abdullah kepada tuduhan menyeludup pendatang tanpa izin iaitu tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 dan 59 tahun, menaiki bot pam tidak berdaftar di 1.4 batu nautika dari daratan terdekat di Tanjung Simpang Mengayau pada pukul 10 malam 1 Ogos.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Nurun Nazifah Muhammad Iyen memaklumkan mahkamah bahawa pada hari tersebut, penguatkuasa APMM menahan sebuah bot pam dan mendapati lapan penumpang dan seorang tekong di dalamnya itu, yang gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di perairan Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan lanjut mendapati Pocowan sebagai tekong telah melakukan penyeludupan migran dengan membawa lapan pendatang itu terus dari Pulau Sibogo, Filipina ke Sabah dengan bot pam tersebut.

Pocowan juga telah mengenakan bayaran tambang bot sebanyak 2500 peso (RM211.16) kepada lima daripada mereka, manakala dua migran tidak dikenakan sebarang tambang kerana mereka adalah saudara Pocowan, manakala seorang lagi masih berhutang tambang, kata pihak pendakwaan.

Advertisement
Pocowan, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan kerana dia menghidap tekanan darah tinggi.

DPP Nurun memohon hukuman lebih berat dan berbentuk pencegahan kerana Pocowan didakwa di bawah kesalahan keselamatan negara yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selepas pindaan pada 2014.

Advertisement
“Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Malaysia membanteras penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini.

Kesalahan yang berleluasa di perairan Sabah itu membawa kepada kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara kita dan telah mengakibatkan peningkatan masalah sosial dan jenayah, kata pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan bot pam dan tiga enjinnya dilucuthakkan seperti yang dimohon oleh pihak pendakwaan.

Pocowan diperintahkan untuk menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here