Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pusat Rekod Sandakan mula beroperasi
Published on: Saturday, December 09, 2023
Published on: Sat, Dec 09, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Pusat Rekod Sandakan mula beroperasi
AWANG Herman (belakang, kedua kiri), Shirley serta hadirin menyaksikan demonstrasi cara mengawet bahan rekod menggunakan gam khas dan air suling.
SANDAKAN: Pusat Rekod Sandakan Arkib Negeri Sabah kini dibuka dan beroperasi di Tingkat 7, Bangunan Urusetia, Batu 7, di sini.

Majlis prapelancaran pusat rekod itu pada Khamis disempurnakan Timbalan Bendahari Negeri, Awang Herman Awang Tahir yang mewakili Bendahari Negeri Sabah, Datuk Mary Angela Sipaun.

Advertisement
Hadir sama, Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Shirley Sion, dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wilson Thomas.

Awang Herman berkata, pembukaan pusat itu dilihat sebagai satu usaha yang amat besar, khususnya bagi kawasan Pantai Timur Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua dokumen di kawasan Pantai Timur kini dapat ditempatkan di sini,” katanya, menambah sebelum ini, rekod ditempatkan di Pantai Barat iaitu di Kota Kinabalu.

Menurut beliau, pembukaan pusat itu juga menjimatkan kos penghantaran, masa dan perkara berkaitan.

Advertisement
“Ini sangat memudahkan untuk jabatan dan agensi kerajaan negeri di Pantai Timur dan harapan saya supaya kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media sama, Shirley berkata, Pusat Rekod Sandakan ini disediakan untuk kegunaan daerah berdekatan iaitu pejabat awam negeri di sekitar Sandakan seperti Beluran, Telupid, Kinabatangan, Paitan dan Tongod.

Advertisement
Jelasnya, bahan yang akan ditempatkan di pusat itu adalah rekod-rekod bersifat sementara yang belum lagi mencapai taraf arkib iaitu 20 tahun ke atas.

“Kebanyakan rekod di sini masih lagi digunakan oleh pejabat-pejabat pewujud yang masih mahu merujuk kepada fail-fail ini,” jelasnya.

Beliau berkata, Pusat Rekod Sandakan juga memberi khidmat rujukan dan menyimpan rekod berkaitan.

Katanya, sebelum wujudnya pusat itu, semua arkib disimpan sendiri di pejabat-pejabat kerajaan negeri di sini untuk rekod bernilai sementara.

“Tetapi untuk yang bernilai kekal, ia akan dihantar ke Ibu Pejabat di Kota Kinabalu iaitu Pusat Rekod Arkib Negeri Sabah,” katanya, menambah pusat rekod itu mempunyai empat kakitangan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here