Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Daniel, Diajeng muncul juara
Published on: Sunday, December 10, 2023
Published on: Sun, Dec 10, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Daniel, Diajeng muncul juara
DANIEL menerima trofi daripada Ceasar sambil diperhatikan (dari kanan) Muammar dan Akramsyah.
Kota Kinabalu: Daniel Quizon dari Filipina dan Diajeng Theresa Singgih dari Indonesia muncul juara Kejohanan Catur Remaja dan Perempuan Asia Timur di Sabah Oriental Hotel di sini pada Sabtu.

Daniel merangkul gelaran standard terbuka mengatasi pemain Mongolia Amilal Munkhdalai yang menduduki tempat kedua dan Arfan Aditya Bagus dari Indonesia di tempat ketiga.

Advertisement
Juara itu juga menduduki tempat teratas dalam kategori blitz dengan rakan senegaranya Michael Concio Jr di tempat kedua dan Amila di tempat ketiga.

Diajeng pula menduduki tempat teratas dalam kategori standard perempuan dengan Boldbaatar Altantuya dari Mongolia di tempat kedua dan di tempat ketiga ialah seorang lagi warga Indonesia Liuvian Cecilia Natalie.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, ia adalah sebaliknya dalam kategori blitz perempuan dengan Boldbaatar di tempat teratas diikuti Theresa dan Samantha Edithso dari Indonesia di tempat ketiga.

Tiga pemenang terbaik kategori lain ialah Muhd Hadi Muhd Danish Zaqwan, Romualdez Davin Sean, Rezuan Khaizuran (terbuka bawah 16 tahun); Ah Chong Leonie Ye, Chloe Ashley Belle Linus, Ansie Hosanna Sendie Leo (perempuan bawah 16 tahun); Lee Tsuen Jin Aiesec, Leou Hao De Kirk, Chen Linfeng (terbuka bawah 12 tahun); Likoh Jason Warren, Mathan Priyaen, Nazeer Muhd Ameer Hamdee (Malaysia); Kho Yong An Ayden, Ansie Valentine Sujang Leo, Nicodemus Chai Haw Xuan (Sabah) manakala Chong Hao Ern merupakan pemenang tunggal dalam kategori bawah 18 tahun. 

Advertisement
Seramai 59 pemain dengan 38 lelaki dan 21 perempuan dari 10 negara mengambil bahagian dalam kejohanan tujuh hari itu.

Majlis penutupan dirasmikan oleh setiausaha politik Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Datuk Ceasar Mandela Malakun mewakili Ketua Menteri. 

Advertisement
Ketua Menteri dalam ucapannya yang dibacakan oleh Ceasar berkata beliau berbangga kerana mempunyai kejohanan catur benua yang pertama diadakan di Sabah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Persatuan Catur Sabah (SCA) dan jawatankuasa penganjur atas kejayaan kejohanan itu.

Beliau berkata kejohanan itu mempunyai kepentingan bukan sahaja untuk pemain catur yang bercita-cita tinggi tetapi juga komuniti catur di sini secara keseluruhannya.

“Acara penting ini dapat memupuk kerjasama dan menggalakkan semangat persaingan sihat di Asia Timur sambil menyediakan platform untuk bakat muda mempamerkan kemahiran mereka dan memupuk kecintaan mereka terhadap permainan itu,” katanya.

Sementara itu, turut hadir pada majlis penutupan ialah Presiden MCF AkramSyah Ubaidah Sanusi, Presiden SCA Muammar Julkarnain dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Muddin Beting.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here