Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Esscom periksa lebih 1,000 individu di Tawau
Published on: Sunday, December 10, 2023
Published on: Sun, Dec 10, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Esscom periksa lebih 1,000 individu di Tawau
Antara warga asing yang ditahan.
TAWAU: Esscom memeriksa 54 bot dan 1, 126 individu di daerah ini dalam dua hari Operasi Bersepadu bermula Isnin yang memfokuskan kesalahan berkaitan barang kawalan dan barangan bersubsidi di pasaran.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Victor Sanjos berkata, sasaran kawasan dalam operasi kali ini adalah jeti, premis perniagaan, CIQ lama dan pasar ikan.

Advertisement
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menahan 33 orang dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Dua wanita turut ditahan di bawah Seksyen 37B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama rampasan dadah jenis ketamin seberat 27.2 gram,”katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.

Pasukan Esscom melakukan pemeriksaan di kawasan jeti.

Dalam operasi itu juga, katanya, pihaknya turut mengenakan kompaun melibatkan dua kes berjaja tanpa lesen di bawah kesalahan undang-undang kecil 73, General By Law 1957 serta masing-masing satu kes di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, Peraturan-peraturan Kawalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
Katanya, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pula mengeluarkan empat notis dan keseluruhan nilai rampasan pada operasi kali ini berjumlah RM2,280.

Victor dalam kenyataan itu turut menzahirkan penghargaan kepada 200 petugas terlibat dalam operasi dikoordinasi Esscom dengan melibatkan pasukan keselamatan serta Jabatan, agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan.

Advertisement
Katanya, pihaknya akan terus memperhebat operasi di daerah-daerah Esszone bagi mengekang sebarang elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah, termasuk kawasan perairan dan daratan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama seluruh masyarakat di ESS Zone agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here