Kota Kinabalu: Isu keganasan berasaskan gender di Sabah akan terus berleluasa melainkan kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berwajib diperkukuh bagi menghapuskan gejala sosial itu.
Suatu forum panel yang membincangkan cara untuk menghentikan keganasan terhadap wanita dan gadis yang dijalankan semasa program kempen aktivisme selama 16 hari di sini, mengetengahkan beberapa isu yang menyukarkan mangsa penderaan mendapatkan bantuan dan perlindungan yang mereka inginkan.
Selain mangsa takut dipandang serong, berasa malu dan kekurangan tempat perlindungan, masalah itu juga berakar umbi kerana kekurangan tindakan dalam kalangan penguatkuasa, menyebabkan mangsa berdiam diri mengenai penderaan mereka kerana kecewa.
Advertisement





