Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Wali Band hibur peminat utara Malaysia, 3 Februari
Published on: Wednesday, December 13, 2023
Published on: Wed, Dec 13, 2023
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Wali Band hibur peminat utara Malaysia, 3 Februari
Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (dram) dan Ovie (keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 dan salah satu kumpulan pop Indonesia popular menerusi lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu.
KUMPULAN pop popular Indonesia, Wali Band bakal menghiburkan peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang, di Spice Arena, pada 3 Februari depan.

Konsert itu juga akan menampilkan penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang tular dengan lagu Dawai, dan ia bakal menjadi kemunculan pertamanya di negara ini.

Advertisement
Dibawakan oleh Orange International (OI), Konsert Wali “Cari Jodoh” & “Dawai” in Penang juga akan diserikan oleh artis terkenal tanah air seperti Saixse dan Khai Bahar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas OI, Dato’ Mohd Fadzli Idrus berkata mereka membawakan konsert itu ekoran sambutan luar jangkaan konsert Jujur Takkan Melupakanmu, Live In Concert Radja yang menarik lebih 5,000 penonton, November lalu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here