TAWAU: Prestasi pelaksanaan projek naik-taraf 151 Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara yang membabitkan peruntukkan RM45 juta berjalan sangat baik dan mengikut peraturan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata salah satu pos terlibat di daerah Kalabakan sudahpun berjaya dilaksanakan sekitar 90 peratus.
Menurutnya, bajet projek berkenaan diluluskan Perdana Menteri pada Jun lepas dengan arahan khusus segera naik-taraf Pos-Pos PGA di negara ini.
Ditanya berkenaan penambahan Pos PGA di Pantai Timur Sabah, beliau berkata pihaknya ada menerima cadangan tersebut, namun, belum dimuktamadkan serta perlu melalui dua lagi peringkat.