Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasukan Sabah muncul juara Mr Borneo 2023
Published on: Sunday, December 17, 2023
Published on: Sun, Dec 17, 2023
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Pasukan Sabah muncul juara Mr Borneo 2023
RAZALI (berdiri empat dari kanan) dinobatkan juara atas juara.
Tenom: Pasukan Sabah yang mengutip enam pingat emas muncul juara dalam kejohanan Master Borneo anjuran Persatuan Bina Badan Negeri Sabah kali ke-17 2023 yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini pada Sabtu.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kutipan empat pingat emas dan Brunei Darussalam yang mengutip dua pingat emas.

Advertisement
Sementara itu Razali Mahmud dari Brunei merangkul gelaran juara atas juara dan sekali gus meraih ‘Most Muscular’ Bina Badan.

Manakala ‘Best Poser’ lelaki dan wanita masing-masing disandang oleh Fergerald Adlis dan Daphine Darlene Pain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi kategori bina badan tertutup 60kg ke bawah Martin Magalai menduduki tempat pertama, diikuti oleh Arafat Kunal dan Elias @ Bob bin Rugag di tempat kedua dan ketiga.

Tempat petama bagi kategori 60.1 - 65kg disandang oleh Kamal Arifin manakala Kamaruzaman Aming dan Veduro Japet menduduki tempat kedua dan ketiga.

Advertisement
Joseph Ak Ladi, Vincent Pairin dan Eryson Rasimun masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam katergori 65.1 - 70kg.

Dalam kategori 70.1 - 75kg Kopral Abdul Rahim Atin mewaskan dua pencabarnya Rozally Golibon dan Breezy yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Advertisement
Manakala bagi kategori 75.1 - 80kg Paijar Upau menduduki tempat pertama dan diikuti oleh Heldih Kihong dan Abdullah Johnny di tempat kedua dan ketiga.

Kategori 80.1 - 85kg Suhaili Taipin menduduki tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga masin-masing disandang oleh Leonardo Elinino Yam dan George.

Kategori 85.1kg keatas dimenangi oleh Lee Chee Kiong, tempat kedua dalam kategori ini masing-masing disandang oleh Geinod Lojitin dan Mohd Sharnickmall Abdul.

Physique 170cm bawah kategori lelaki dimenangi oleh Mark Onell Villaceran dan diikuti oleh Kamalariffin Abd Majid dan Fergerald Alis.

Bagi Physique 170cm atas Abdullah Johnny menduduki tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Jesse Yong Ming King dan Leonardo Elinino Yam

Sementara itu Modal Physique Wanita di menangi oleh Daphne Darlene Pain dan diikuti oleh Janetha Lingam dan Julita Masnalan di tempat kedua dan ketiga.

Physique lelaki kategori terbuka pula dimenangi oleh Sharip Ali, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandag oleh Muhammad Syahir Sahari dan Mohammad Salwa Faizal Haji Abidin.

Bina badan terbuka lelaki kategori 70kg ke bawah dimenangi oleh Joseph Ak Ladi dan diikuti oleh Abdul Aziz Haji Tuah dan Vincent Pairin di tempat kedua.

Katergori 70 ke atas pula dimenangi oleh Razali Mahmud sementara tempat kedua dan ketiga disandang oleh Norizal Haji Johari dan Paijar Upau.

Kejohanan yang julung kali diadakan di daerah Tenom itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Tenom Mas Syazwan Masood.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here