Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
AZMIR ketika berucap pada majlis anugerah GoWA di Kota Kinabalu, baru-baru ini
“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF), dan saya percaya Sabah memerlukan lebih banyak program seperti ini, khususnya dalam bekerjasama dengan pemain antarabangsa kerana saya percaya dalam industri ini ‘networking’ adalah cukup penting,” katanya. Sementara itu, Azmir berkata, Finas melalui Unit Latihan Industri telah melaksanakan program pembangunan modal insan di Sabah dan Sarawak merangkumi pelbagai bengkel dan latihan. Sepanjang 2023, kata beliau, sebanyak 25 program telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme penggiat industri di Borneo. “Oleh itu, Finas akan terus mengadakan lebih banyak program pembangunan modal insan berkualiti di Sabah bagi melahirkan modal insan dalam industri kreatif yang berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa. “Pembangunan modal insan atau kemahiran amat penting, dan sudah tentu ia adalah satu proses yang panjang dan memerlukan antara lima hingga 10 tahun untuk kita melihat hasilnya,” katanya. Ditanya mengenai kutipan hambar filem tempatan Sabah, Azmir menyifatkan trend itu berlaku susulan penurunan jumlah penonton yang datang ke pawagam. “Trend ini tidak hanya berlaku ke atas filem Sabah sahaja, saya rasa trend kutipan (filem) rendah turut berlaku di seluruh dunia. “Selepas pandemik, tidak dinafikan terdapat peningkatan positif dari segi jumlah penonton, namun tahun ini kita dapati berlaku penurunan disebabkan beberapa sebab. “Antaranya, isu ekonomi dan peperangan di Palestin yang turut memberi kesan ke atas pola perbelanjaan orang ramai khususnya untuk hiburan,” katanya. Begitu pun, katanya lagi, Finas akan meneruskan usaha untuk mempromosikan karya tempatan. “Finas sudah pun berbincang dengan pengusaha pawagam bagi mengadakan kempen untuk menarik lebih ramai penonton kembali ke panggung wayang,” tambahnya. Azmir juga tidak menolak bahawa Finas akan memperketatkan lagi kriteria-kriteria pemberian Dana Kandungan Digital (DKD) kepada penggiat filem selepas ini. “Kemungkinan besar memang ada. Saya bersama pihak pengurusan dan latihan percaya kami harus lebih fokus kepada hasil, iaitu kualiti berbanding kuantiti. “Ini juga selaras dengan hasrat dan amanat daripada Menteri Komunikasi (Fahmi Fadzil) untuk memastikan kita (Malaysia) menghasilkan kandungan lebih berkualiti untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa,” katanya. Tahun ini, sebanyak empat filem terbitan dan arahan sepenuhnya penggiat seni Sabah berjaya menembusi pawagam, namun polemik tercetus apabila kutipan bagi karya-karya ini dilihat kurang memberangsangkan. Semakan data Skim Wajib Tayang (SWT) Finas menunjukkan filem Silence of The 177 sekadar mengutip RM14,782.43, Tribesman: The Last Red Hunter (RM10,994.95) dan KK Knockout mengumpul RM69,531.05, untuk tempoh tayangan 14 hari. Sementara itu, satu lagi filem, Namatai: From Kinabalu With Love bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Disember ini. Keempat-empat filem ini adalah penerima dana DKD Finas.





