Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penyanyi 80-an Ibnor Riza meninggal dunia
Published on: Sunday, December 17, 2023
Published on: Sun, Dec 17, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penyanyi 80-an Ibnor Riza meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3.30 petang ini.

Berita pemergian pelantun lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu dimaklumkan rakan baik Allahyarham, Nizam Din menerusi satu hantaran di akaun Facebook.

Advertisement
Nizam yang dihubungi BERNAMA menyifatkan Ibnor Riza, 62, merupakan seorang anak seni yang sentiasa merendah diri dan disenangi dalam kalangan artis lama dan baharu serta peminatnya.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham dari saya berumur 14 tahun hingga kini. Ibnor Riza yang saya kenal sangat kuat semangat walaupun diuji dengan pelbagai penyakit selain tidak lokek ilmu, malah suka berkongsi rezeki menyebabkan beliau disenangi ramai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan salam takziah buat seluruh keluarga beliau,” katanya.

Pada 2 Dis lepas, media melaporkan penyanyi itu menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kepala berikutan kanser limfoma selepas mengadu sakit kepala dan beliau tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here