Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan beri amaran kepada syarikat telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G
Published on: Monday, December 18, 2023
Published on: Mon, Dec 18, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan beri amaran kepada syarikat telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G.

Advertisement
“Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah keseluruhan kos infrastruktur, sehingga ke tahap menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) menggunakan dana awam.

“Sehubungan itu, tidak sepatutnya ada sebarang bayaran tambahan. Jika mereka terus mengenakan caj sedemikian, kami perlu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan televisyen berasaskan langganan, ‘OK Vision’ di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Fahmi berkata dalam perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif CelcomDigi Bhd baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan semakan semula harga pakejnya.

“Dalam pakej baharunya, ia telah menghapuskan bayaran tambahan. Ini yang wakil daripada CelcomDigi beritahu kepada saya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here