IDEA tiga anak muda menonjolkan komedi gelap dalam filem pendek, Anak Kampung berjaya meraih pengiktirafan utama pada majlis anugerah Golden Wind Award (GoWA) edisi ketiga, baru-baru ini.
Lebih manis apabila kejayaan terbabit hadir selepas percubaan kedua mereka menyertai pertandingan filem pendek anjuran Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) itu.
Pembikin filem bebas, Mohd Saiful Azwan Sundian, berkata kali pertama mereka menyertai pertandingan itu adalah pada 2019.
“Sebelum ini kami menyertai edisi kedua menerusi filem pendek seram bertajuk Meet My New Friends.
Advertisement





