Kota Kinabalu: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas pada Isnin memberi jaminan tiada kekurangan diesel di negeri ini.
Jaminannya itu dibuat susulan gambar media sosial tular mengenai notis memaklumkan pengguna bahawa pembelian maksimum diesel hanya dibenarkan pada RM50 dari 15 hingga 31 Disember, berikutan kebimbangan kuota diesel di seluruh Sabah.
Mesej itu, yang mula tersebar di media sosial pada hari Isnin, mencetuskan kebimbangan mengenai perkara itu.
“Sebuah kiosk petrol di Merotai meletakkan notis itu tanpa memaklumkan kepada kami. Kami telah mengarahkan mereka menanggalkan notis itu yang mendakwa terdapat masalah kuota diesel di Sabah. Itu sangat mengelirukan,” kata Georgie.
Beliau berkata tiada kekurangan diesel setakat ini dan mereka telah menyemak dengan kiosk lain juga.
Beliau berkata stesen tertentu mengambil langkah berjaga-jaga berdasarkan jumlah diesel dalam tangki mereka.
“Stesen tertentu itu masih mempunyai kira-kira 80,000 liter diesel. Notis itu bertujuan untuk menjadi langkah kawalan kepada mereka. Bagaimanapun, mereka tidak boleh memasang notis seperti itu yang mendakwa seluruh negeri mengalami masalah yang sama,” katanya.