Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah
Published on: Tuesday, December 19, 2023
Published on: Tue, Dec 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan sehingga Khamis dijangka melanda kawasan Rompin, di negeri Pahang, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Advertisement
Sabah pula melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada juga dijangka melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Kuantan dan Pekan bermula Khamis ini hingga 25 Dis.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here