NAMPAKNYA kanvas seni penyanyi Marsha Milan Londoh, 38, tahun ini dihiasi dengan pelbagai kejayaan dan pengalaman indah.
Paling manis mungkin apabila dia berkongsi pentas dengan dua penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Rossa dan Judika baru-baru ini.
Selain dua rentetan kejayaan ini, pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 itu turut ‘dilamar’ oleh dua komposer Indonesia untuk menyanyikan karya ciptaan mereka.
Menyifatkan tawaran berkenaan ibarat ‘pucuk dicita ulam mendatang’, Marsha berkata dia sudah lama mengimpikan untuk melebarkan sayap seninya ke negara seberang itu.
Advertisement





