Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerja-kerja tebang pokok di Jalan Cecily selesai
Published on: Wednesday, December 20, 2023
Published on: Wed, Dec 20, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kerja-kerja tebang pokok di Jalan Cecily selesai
KERJA-KERJA penebangan pokok besar dan pembersihan di Jalan Cecily.
SANDAKAN: Kerja-kerja penebangan dan pembersihan pokok yang dilaksanakan selama dua hari di Jalan Cecily, Karamunting, di sini, selesai pada Selasa.

Adun Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berpuas hati dengan kerja dijalankan, mengatakan ia dapat dijalankan sebaiknya menerusi kerjasama semua pihak, tanpa sebarang masalah atau perkara yang tidak diingini berlaku.

Advertisement
“Kejayaan ini sekali gus mengurangkan risiko pokok tumbang di jalan itu serta membahayakan keselamatan pengguna jalan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kerja gotong-royong tersebut juga melibatkan kerjasama padu pihak Pejabat Parlimen Batu Sapi, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Telekom Malaysia, dan Jabatan Kerja Raya (JKR), serta pihak sukarelawan daripada badan bukan kerajaan NGO di sini, selain  pihaknya sendiri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kira-kira 70 orang terlibat dalam kerja-kerja tersebut.

“Walaupun masa selama dua hari sememangnya tidak mencukupi untuk menebang kesemua pokok besar di tepi jalan di sepanjang Jalan Cecily, namun ia meminimumkan risiko di jalan ini buat masa sekarang, khususnya semasa musim hujan di hujung tahun,” katanya.

Advertisement
“Saya bersama Pejabat Parlimen Batu Sapi telah berganding bahu dalam melaksanakan usaha ini, dan kami bercadang untuk mengadakan gotong-royong bersepadu seperti ini sekali lagi tidak lama lagi, agar benar-benar dapat menyelesaikan risiko di Jalan Cecily ini,” tambahnya.

Menurut George, sebelum ini, beliau telah berkali-kali meminta pihak berkenaan untuk melakukan kerja-kerja penebangan pokok di jalan tersebut, namun terdapat kekeliruan dari segi bidang tugas jabatan kerajaan yang berlainan. 

Advertisement
Bagi menyelesaikan masalah tersebut sekali gus, beliau telah mencadangkan suatu sesi gotong-royong bersepadu, di mana semua pihak melibatkan diri bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

“Untuk makluman, dalam tahun ini sahaja, empat kemalangan jalan raya berlaku yang melibatkan pokok tumbang akibat angin kencang. 

“Mujurlah kemalangan jiwa tidak berlaku.

“Namun sebab itu, masalah ini tidak boleh ditangguh lagi kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya penduduk Karamunting,” tegasnya. 

George berharap selepas aktiviti gotong-royong itu, risiko di salah satu jalan utama daerah itu dapat dikurangkan ke tahap minimum.  

Beliau juga mengingatkan pemandu dan pengguna Jalan Cecily untuk terus berwaspada terutamanya pada waktu malam dan ketika musim hujan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here