Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki tetak ibu saudara dipercayai kerana cemburu
Published on: Wednesday, December 20, 2023
Published on: Wed, Dec 20, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lelaki tetak ibu saudara dipercayai kerana cemburu
GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan kerana menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Raja Uda, Butterworth semalam dipercayai bertindak demikian kerana cemburu. 

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dalam sidang media hari ini berkata siasatan lanjut berhubung motif serangan itu masih dijalankan dan lelaki berusia 29 tahun itu kini direman tujuh hari.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata lelaki yang merupakan operator kilang itu ditahan sehingga 26 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata mangsa yang juga ibu saudara kepada suspek merupakan peniaga pakaian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Polis akan merekodkan keterangan suspek dan beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi semalam, wanita berusia 42 tahun itu maut selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh suspek yang kemudiannya bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang.

Advertisement
Dia bagaimanapun diselamatkan oleh nelayan dan pemancing sebelum diserahkan kepada polis dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. 

Sementara itu, Mohamed Usuf Jan berkata polis telah mengenal pasti beberapa suspek terlibat dalam kejadian penjual nasi maut ditikam di tempat meletak kereta sebuah apartment di Jalan Perak di sini, 5 Dis lepas.

Advertisement
Beliau berkata pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat berdasarkan beberapa perkembangan baharu.

"Saya tak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung siasatan kes itu kerana siasatan lanjut sedang dijalankan, kita bimbang ia akan mengganggu (siasatan)," katanya.

Beliau berkata tiga individu termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan pisau oleh seorang lelaki. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here