Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Amanah desak kerajaan banteras takfiri
Published on: Sunday, December 24, 2023
Published on: Sun, Dec 24, 2023
By: FMT, Faiz Zainudin, Amirul Aiman
Text Size:
Text:
Amanah desak kerajaan banteras takfiri
Perwakilan Kuala Pilah, Khairul Azidi, ketika perbahasan konvensyen nasional parti itu menyatakan kebimbangan pemikiran mengkafirkan sesama Muslim yang ‘kembali meruncing’.
KLANG: Amanah mendesak kerajaan membanteras pemikiran takfiri dengan memperkasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Perwakilan Kuala Pilah, Khairul Azidi, berkata takfiri iaitu mengkafirkan sesama Muslim disifatkan “kembali meruncing” dengan perkara itu dimainkan pemimpin parti politik yang “dikaitkan dengan Islam”, semata-mata demi sokongan.

Advertisement
“Mutakhir ini, fahaman takfiri atau gejala takfir mula hidup kembali terutamanya di musim kempen pilihan raya umum atau negeri yang berlangsung beberapa bulan lalu. Gejala takfiri, iaitu mengkafirkan sesama umat Islam, merupakan penyakit dalam masyarakat, bahkan ancaman bagi umat Islam.

“Pemahaman ataupun pemikiran mahupun gejala ini dapat menyebabkan sifat ekstrem dan radikal serta mudah menimbulkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang berbeza dengannya,” katanya pada Konvensyen Amanah Nasional 2023.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, usul itu dibawa Perwakilan Kubang Pasu, Asri Baharom, yang kemudian diluluskan perwakilan.

Dalam pada itu, Khairul mencadangkan Amanah mengambil empat langkah bagi menghapuskan budaya tersebut antaranya mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pihak terlibat, kedua menggubal undang-undang menyekat penyebaran fahaman takfiri, dan pemikiran pelampau.

Advertisement
“Ketiga, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan tinggi perlu merangka kurikulum memberi kefahaman dan pengetahuan betul yang tidak mencetuskan permusuhan terhadap Islam.

“Keempat, melibatkan Jakim, Yadim, dan agensi berkaitan untuk menggubal dan memperkasakan dasar serta pendekatan falsafah rahmatan lil alamin dan wasatiyyah,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, tiga lagi usul diluluskan adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya, solidariti bersama rakyat Palestin, dan menggesa kerajaan segera meluluskan Rang Undang-undang (RUU) profesion pekerja sosial.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here