SANDAKAN: Madrasah Al-Fattah yang terletak Kampung Sungai Tiram, Batu 19, Sandakan, dilapor musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi.
Jabatan bomba berkata pihaknya menghantar 14 anggota bersama dua jentera dan aset lain ke lokasi sejauh 36km dari balai.
Bangunan madrasah jenis separuh kekal terbakar 100 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.