Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekalan elektrik Telupid dijangka stabil menjelang pertengahan 2024
Published on: Thursday, December 28, 2023
Published on: Thu, Dec 28, 2023
Text Size:
Text:
Bekalan elektrik Telupid dijangka stabil menjelang pertengahan 2024
Shahelmey menambah, antara aduan utama berkaitan gangguan bekalan elektrik adalah kerosakan peralatan seperti peti sejuk disebabkan lonjakan arus (power surge) yang biasa dialami selepas keadaan bekalan elektrik dipulihkan semula.
BEKALAN elektrik di Telupid dijangka stabil dan mencukupi menjelang pertengahan tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata demikian selepas taklimat mengenai kemajuan kerja-kerja menaik taraf elektrik di Telupid pada 14 Disember.

Advertisement
“Kami menerima aduan daripada Adun dan penduduk Telupid mengenai pelepasan beban dan juga gangguan bekalan elektrik yang agak kerap berlaku di daerah ini.

Hasil taklimat mengenai kerja-kerja naik taraf elektrik, bekalan akan mencukupi dan stabil pada pertengahan tahun hadapan. Sudah pasti apabila ia menjadi realiti nanti, keadaan akan bertambah baik kepada semua rakyat di Telupid,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, antara aduan utama berkaitan gangguan bekalan elektrik ialah kerosakan peralatan seperti peti sejuk akibat lonjakan kuasa yang biasa dialami selepas bekalan elektrik dipulihkan.

“Jadi kami menasihatkan pengguna di Telupid, apabila berlaku pelepasan beban atau gangguan bekalan, maka amalan terbaik ialah mematikan suis yang menyambungkan peralatan mereka untuk meminimumkan kerosakan,” katanya.

Advertisement
Mengulas mengenai situasi semasa bekalan air di Telupid, Shahelmey berkata bekalan air masih menjadi cabaran di mana ketika ini loji rawatan air Telupid dengan kapasiti enam juta liter sehari hanya mampu mengeluarkan 4.5 juta liter sehari.

“Permintaan ialah enam juta liter sehari, jadi kita mengalami defisit sebanyak 1.5 juta liter sehari. Bagaimanapun, Jabatan Air sedang dalam proses menaik taraf kapasiti pam dan loji rawatan air di daerah ini.

Advertisement
“Pada masa sama, Jabatan Air juga sedang menggantikan paip kecil lama kepada saiz yang sepatutnya. Jadi kerja-kerja ini sedang berjalan dan dijangka siap secara berperingkat pada pertengahan tahun 2024. Jika dapat disiapkan mengikut jadual yang dirancang, maka bekalan air dijangka stabil selepas itu,” tambahnya.

Semasa lawatan kerja ke Beluran dan Telupid, Shahelmey turut mengulas mengenai jalan di kawasan itu yang jelas memerlukan penyelenggaraan.

“Saya lihat sendiri banyak jalan yang perlu diselenggara dan berharap Jabatan Kerja Raya daerah lebih proaktif, dan sediakan senarai jalan yang perlu diselenggara dan dinaik taraf.

“Berikan keutamaan kepada jalan raya di kawasan yang ramai penduduk dan memberi impak tinggi kepada masyarakat dan ekonomi.

Selain itu, sentiasa berhubung dengan pejabat perwakilan di kawasan terbabit,” kata Shahelmey.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here