Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jambatan gantung di Kampung Nabutan siap dibaiki, legakan 350 penduduk
Published on: Thursday, December 28, 2023
Published on: Thu, Dec 28, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jambatan gantung di Kampung Nabutan siap dibaiki, legakan 350 penduduk
JAMBATAN gantung Sungai Liwagu Kg Nabutan ini siap dalam tempoh 28 hari.
RANAU: Kira-kira 350 penduduk di Kg Nabutan, di sini dan kawasan sekitarnya menarik nafas lega setelah pembinaan semula jambatan gantung di Sungai Liwagu akhirnya siap baru-baru ini.

Dengan siapnya jambatan itu yang dibiayai menerusi peruntukan Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, ratusan penduduk kampung, termasuk kanak-kanak sekolah kini boleh menjalankan urusan harian mereka.

Advertisement
Jambatan gantung berkenaan rosak disebabkan bencana alam yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini susulan hujan lebat yang turun mengakibatkan kerosakan tambak.

Tindakan pantas oleh pemimpin setempat dan Pejabat Daerah Ranau, menyaksikan pembinaan sebuah jambatan gantung baharu dimulakan pada 1 Nov, disiapkan 28 hari kemudian, yang melegakan semua pihak di sini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here