PUTATAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah telah melaksanakan Program Town Hall Discussion bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah dan scammer di Dewan Sri Putatan di sini hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata PDRM merekodkan lebih daripada 1,000 mangsa sindiket penipuan dalam talian atau scammer di Sabah dari Januari hingga hujung November 2023.
"Statistik tersebut menunjukkan bahawa jumlah mangsa sindiket scammer semakin meningkat dari tahun ke tahun, justeru pihaknya mengambil inisiatif mengadakan satu program Town Hall Discussion bersama komuniti pada hari ini untuk memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai jenayah tersebut," kata beliau.
"Program hari in merupakan program dari di bawah Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti, PDRM Sabah yang mana ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terutama sekali tentang bahaya dadah dan juga scammer yang makin berleluasa pada masa kini."