KOTA BELUD: Mayat warga emas lelaki ditemukan dalam keadaan terapung dipercayai lemas ketika menjala ikan di sungai Kampung Gaur di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa yang berusia 83 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkan kejadian terbabit terhadap pihak berkuasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan meniarap dan terapung.