SANDAKAN: Seorang remaja lelaki hilang disyaki lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda di laut bersama rakan-rakannya di kawasan Kilang Sinora, Batu Sapi pada petang Jumaat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, pihaknya menjalankan operasi carilamat dijalankan disepanjang persisiran pantai di kawasan tersebut.
Remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Mohd Amiruddin Juhardin masih hilang sehingga berita ini ditulis.