SANDAKAN: Mayat seorang remaja lelaki yang hilang disyaki lemas di kawasan Kilang Sinora, Batu Sapi telah ditemui jam 8 pagi hari ini.
Mayatnya ditemui orang awam sekitar 30 meter dari pesisir pantai berhampiran lokasi mangsa dilihat.
Difahamkan mangsa melakukan aktiviti mandi-manda di laut bersama rakan-rakannya pada petang Jumaat.