Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua anggota polis didakwa sebabkan kehilangan bukti
Published on: Thursday, January 04, 2024
Published on: Thu, Jan 04, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua anggota polis didakwa sebabkan kehilangan bukti
Pertuduhan menyatakan tertuduh mengetahui bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 telah dilakukan dan menyebabkan bukti bahawa berlakunya kesalahan itu hilang, dengan pengetahuan bahawa tindakan mereka akan menyebabkan pesalah dalam kes itu terlepas daripada dijatuhi hukuman atas kesalahan yang dilakukan.
Kota Kinabalu: Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas beberapa pertuduhan menyebabkan kehilangan bukti membabitkan pertuduhan yang dilakukan di bawah Akta Kastam.

Lans Koperal Norsalihah Seli, 30, dan Konstabel Adrie Ezuandie Mohd Khir, 36, yang dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Advertisement
Pertuduhan menyatakan tertuduh mengetahui bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 telah dilakukan dan menyebabkan bukti bahawa berlakunya kesalahan itu hilang, dengan pengetahuan bahawa tindakan mereka akan menyebabkan pesalah dalam kes itu terlepas daripada dijatuhi hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Norsalihah berdepan empat pertuduhan melakukan kesalahan itu ke atas enam kotak berisi rokok pada Jun 2021 di sebuah rumah di Kg Suang Parai di sini; 14 kotak berisi rokok pada Julai 2021, di sebuah rumah sewa di Kg Dungang, Tuaran; 190 karton bir pada Disember, 2021 di stor ekshibit berpusat di sini; dan ke atas 190 karton bir pada 4 Feb, 2022 di stor ekshibit berpusat di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Adrie turut berdepan empat pertuduhan melakukan kesalahan itu iaitu ke atas 15 karton bir Tiger pada Januari 2021 di stor ekshibit berpusat di sini; satu kotak mengandungi 50 bungkus rokok Era biru pada hujung April 2021 di tempat sama; 15 karton minuman beralkohol Anchor pada hujung Oktober 2021 di tempat sama; dan 50 karton Carlsberg dan 10 karton bir Cool bir lewat Januari 2022 juga di tempat yang sama.

Norsalihah dan Adrie turut dituduh bersama atas dua pertuduhan melakukan kesalahan itu ke atas 290 karton Carlsberg pada Disember 2021 di Kg Dugang, Tuaran; dan 285 karton Carlsberg pada pertengahan Januari 2022 di kampung sama.

Advertisement
Setiap pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ling Guong Zhin ketika memohon pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) mencadangkan ikat jamin RM5,000 serta dua penjamin dan agar tertuduh melaporkan diri di Balai Polis sebulan sekali.

Advertisement
DPP Ling turut memaklumkan mahkamah bahawa jumlah kerugian dalam kes itu ialah RM443,180.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence meminta bon ikat jamin yang lebih rendah kerana kedua-dua tertuduh masih dalam perkhidmatan.

Lovely menetapkan 5, 7 dan 14 Feb untuk PTCM dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM1,500 serta dua penjamin bagi setiap kes serta memerintahkan mereka melaporkan diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here