Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mangsa kebakaran Kg Gas tuntut PPRT dijanjikan 6 tahun lalu
Published on: Friday, January 05, 2024
Published on: Fri, Jan 05, 2024
Text Size:
Text:
Mangsa kebakaran Kg Gas tuntut PPRT dijanjikan 6 tahun lalu
RAHIMAH (kanan) bersama antara mangsa kebakaran di Kampung Gas yang hadir pada sesi pertemuan itu.
SANDAKAN: Mangsa kebakaran di Kg Gas, Jalan Batu Sapi, di sini, merayu pihak berkuasa untuk mempercepatkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dijanjikan untuk mereka sejak kejadian itu pada 27 Jun, 2018.

Difahamkan, sehingga kini, belum ada sebarang pelaksanaan PPRT untuk mereka.

Advertisement
Antara mangsa terlibat yang menyuarakan keperluan itu, Pengerusi Persatuan Warga Batu Sapi (Perwaba),  Rahimah Asrah serta penduduk, Zainuddin Hassan, Mat Oto Udin dan kira-kira lebih 100 keluarga yang lain.

Mereka berharap penantian PPRT itu akan berakhir secepatnya dan dapat tinggal di rumah itu segera.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selepas kejadian kebakaran, kami (mangsa) ditempatkan di rumah kontena yang disediakan dan kini sudah hampir lima tahun berlalu.

“Namun, keadaan kontena itu juga telah usang dan keadaannya tidak lagi begitu kondusif,” kata mangsa pada satu sesi perjumpaan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dekat rumah kontena Kg. Gas, di sini, baru-baru ini.

Advertisement
Difahamkan sebanyak 100 buah rumah melibatkan 118 keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, 13 buah keluarga masih tinggal di rumah kontena yang kian usang itu sementara mangsa kebakaran yang lain terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menyewa dan menumpang di rumah saudara masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here