Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dikerah kerja 12 jam 6 hari seminggu, 3 remaja Myanmar diselamatkan
Published on: Friday, January 05, 2024
Published on: Fri, Jan 05, 2024
By: FMT
Text Size:
Text:
Dikerah kerja 12 jam 6 hari seminggu, 3 remaja Myanmar diselamatkan
Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Soffian Santong berkata, tiga remaja itu dipercayai dibayar RM1,200 hingga RM1,300 sebulan dan bekerja dari 9 pagi hingga 9 malam enam hari seminggu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Tiga warga Myanmar bawah umur yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh kasar diselamatkan pihak berkuasa dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor semalam.

Difahamkan, tiga remaja berusia 13 hingga 17 tahun itu baru bekerja beberapa bulan di kilang itu dan tinggal di sebuah bilik kecil serta kotor disediakan majikan di bahagian belakang premis terbabit.

Advertisement
Selain mereka bertiga, terdapat 11 lelaki warga asing lain di kilang kitar semula yang memproses barangan terpakai itu.

Ketua Penolong Pengarah D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran – Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Soffian Santong berkata, kilang itu mempunyai lesen perniagaan, tetapi sudah tamat tempoh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, tiga remaja lelaki terbabit dipercayai dibayar RM1,200 hingga RM1,300 sebulan dan semua warga asing itu diarahkan bekerja dari 9 pagi hingga 9 malam enam hari seminggu.

“Temu bual awal menggunakan penterjemah rakan senegara mendapati mangsa tidak dibenarkan keluar serta bekerja lebih masa selama 12 jam setiap hari,” katanya menurut Harian Metro.

Advertisement
Soffian berkata, semua pergerakan mereka dalam kilang dipantau majikan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis.

Katanya, seorang warga India 27 tahun yang disyaki penyelia turut ditahan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement
Beliau berkata, 10 lelaki terdiri daripada dua warga Myanmar, Bangladesh (lima) dan India (tiga) pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Serbuan 2.30 petang Khamis itu dijalankan Bahagian D3 JSJ Bukit Aman dan Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here