Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
60 sertai Golf Remaja SGA ke-6
Published on: Saturday, January 06, 2024
Published on: Sat, Jan 06, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
60 sertai Golf Remaja SGA ke-6
FAIRUZ menyampaikan set golf kepada Qhairil.
Kota Kinabalu: Seramai 60 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan Golf Remaja SGA ke-6 yang diadakan di Padang Golf Likas Driving Range & 9-Hole Golf, hujung bulan lalu.

Pertandingan sehari anjuran Persatuan Golf Sabah (SGA) dan Majlis Sukan Sabah itu dibuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke bawah.

Advertisement
Gelaran lelaki kategori A menjadi milik Khayr Akhtar Ummar Arif dan di tempat kedua ialah Sheldon Noah diikuti Aaron Soh Heng Lit.

Gelaran A perempuan dimenangi oleh Nur Allyssa Sofea dengan Sharifah Teh Khaliishah dan Alyssa Chu masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kategori B, Muhd Yahya Ummar Ariff merangkul gelaran lelaki dan di tempat kedua ialah Abner Lee Jin Tao dengan Sam Steve Steven Welfried di tempat ketiga, manakala Hana Sofia Hazrel muncul juara untuk kategori perempuan diikuti Nur Aqeela Syuhada Razali dan Aleesya Jius.

Tiga pemenang teratas kategori C bagi lelaki ialah Malden Noah Harun, Adeeb Aqlan Jius dan Muhd Qhairil Nadzhar, manakala Suvin Park, Sheyenne Yu Yi Yun dan Nurqailysha Edrine Nadzhar menduduki kelompok tiga teratas untuk perempuan.

Advertisement
Dalam kategori D lelaki, Adib Zakwan Mohd Zain merangkul kejuaraan dengan Xander Kong dan Harish Haitollah di tempat kedua dan ketiga, masing-masing.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan yang menyampaikan hadiah pada majlis penutup turut menyumbang RM3,000 kepada kejohanan itu serta menaja set golf remaja kepada Muhd Qhairil Nadzhar.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here