LABUAN: Umno percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab mengembalikan keistimewaan bebas cukai pulau ini yang dimansuhkan secara melanggar undang-undang oleh kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Ketuanya di sini, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, berkata Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir memansuhkan keistimewaan bebas cukai ke atas rokok, sementara Kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin melakukan perkara sama untuk minuman keras.
Beliau percaya tindakan kedua-dua pentadbiran persekutuan ini menyalahi undang-undang kerana mereka melanggar janji yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kepada penduduk Labuan pada masa ia dijadikan Wilayah Persekutuan (WP).
Advertisement





