Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri
Published on: Sunday, January 07, 2024
Published on: Sun, Jan 07, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak, di sini, selepas bertengkar dan menikam isterinya pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, suspek berusia 44 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya akibat salah faham sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

Advertisement
“Lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium tersebut dan ditemukan mati berhampiran kolam renang tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isteri kepada lelaki berkenaan berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada, kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here