Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rakyat Sabah di Kuala Lumpur disaran beli segera tiket penerbangan
Published on: Tuesday, January 09, 2024
Published on: Tue, Jan 09, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Rakyat Sabah di Kuala Lumpur disaran beli segera tiket penerbangan
Sehubungan itu, Calvin berharap semua syarikat penerbangan lain dapat membuat tawaran seperti ini dengan lebih adil, dan menambah kapasiti penerbangan supaya lebih banyak rakyat Malaysia berpeluang untuk balik ke kampung terutama di Sabah semasa hari perayaan.
SANDAKAN: Pelajar mahu pun rakyat Sabah di Kuala Lumpur dan ingin pulang sempena Tahun Baru Cina disaran untuk segera membeli tiket penerbangan pada harga minimum.

Adun Elopura, Calvin Chong berkata peluang untuk mendapatkan tiket penerbangan pada harga minimum RM348 hanya boleh didapati bermula 5 Januari sehingga 15 Januari ini.

Advertisement
“Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan tawaran harga tiket penerbangan Air Asia b dari Kuala Lumpur ke Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu, ialah minimum RM348.
“Oleh itu, sesiapa yang ingin pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina rebutlah peluang ini,” kata Calvin dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, Calvin kecewa kerana harga tersebut tidak adil bagi Sabah disebabkan tawaran tiket bagi Sarawak jauh lebih murah pada RM298 (beza RM50). “Seharusnya harga tawaran tersebut ditetapkan pada harga sama bagi mengelakkan sebarang isu berlaku,” tambahnya.
Advertisement
Namun, Calvin menghargai usaha kerajaan dengan syarikat penerbangan Air Asia yang komited memastikan tambang penerbangan semasa musim perayaan adalah stabil untuk membantu meringankan beban perantau khususnya anak Sabah. Sehubungan itu, Calvin berharap semua syarikat penerbangan lain dapat membuat tawaran seperti ini dengan lebih adil, dan menambah kapasiti penerbangan supaya lebih banyak rakyat Malaysia berpeluang untuk balik ke kampung terutama di Sabah semasa hari perayaan.

Advertisement
“Saya yakin dengan budi bicara dan keprihatinan daripada pihak syarikat penerbangan, serta campur tangan pihak kerajaan dan penguasa berkaitan, tiket penerbangan ketika musim perayaan ini akan lebih munasabah,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here