Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Nekad bantah perlombongan emas Bukit Mantri
Published on: Tuesday, January 09, 2024
Published on: Tue, Jan 09, 2024
Text Size:
Text:
Nekad bantah perlombongan emas Bukit Mantri
PENDUDUK mahu menghalang lori milik syarikat terbabit daripada menggunakan jalan kampung mereka.
TAWAU: Pusat Komuniti Kampung Balung Kokos tidak akan membenarkan lori tangki minyak syarikat Wullersdorf Resources menggunakan jalan kampung, sebagai ‘tanda protes’ aktiviti perlombongan emas haram di Bukit Mantri Tawau.

Ini berikutan Kerajaan Negeri masih gagal memberhentikan aktiviti perlombongan haram di kawasan terbabit.

Advertisement
Wakil penduduk, Kelana bin Benza atau Cikgu Kelana berkata, laporan polis serta aduan kepada Jabatan Alam Sekitar sudah banyak dilakukan, namun tiada tindakan diambil, sekali gus aktiviti perlombongan ini masih beroperasi secara berleluasa.

Katanya, ketika ini jelas syarikat terbabit melakukan aktiviti secara haram tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) serta kelulusan Operational Mining Scheme (OMS) daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika begini, jangan halang jika penduduk kampung sendiri menjalankan aktiviti ini, kerana ia dijalankan secara sesuka hati tanpa ada kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Saya sendiri sudah membuat laporan polis (tetapi) entah kenapa sehingga kini tiada tindakan diambil sehingga kilang perlombongan emas haram ini masih beroperasi. Seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa,” katanya kepada Sabah News Today, di sini.
Advertisement
Cikgu Kelana berkata, sekiranya perlombongan ini masih lagi gagal mendapat kelulusan, Pusat Komuniti Kampung Balung Kokos tidak akan membenarkan lori tangki minyak Wullersdorf Resources menggunakan jalan kampung mereka.

“Hari-hari penduduk kampung menghidu habuk, jalan kampung rosak manakala hasil bumi di kampung kami diambil…..Apa yang penduduk kampung dapat hanyalah pencemaran sungai serta menyedut udara kotor.

Advertisement
“Saya mengusahakan perkhidmatan pelancongan, beberapa kali kawasan ini ditutup kepada pengunjung akibat pencemaran air sungai yang sangat kritikal, sudah tentu ia sangat menjejaskan sumber pendapatan utama di kampung ini,” jelas Kelana.

Menurutnya lagi, mereka tidak membantah aktiviti perlombongan ini kerana ia boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung tetapi perlu ada dokumen yang sah.

“Tetapi pihak syarikat haruslah mengikuti semua garis panduan serta peruntukan yang termaktub dalam undang-undang sedia ada.

“Sekiranya ada lesen, sudah tentu ada perlindungan insurans pekerja serta mengelak daripada kejadian tidak diingini berlaku pada masa hadapan,” tambah Kelana.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here