Kota Kinabalu: Seorang rakyat Filipina tanpa dokumen, yang didakwa membunuh pemandu kereta e-hailing di Tuaran lima tahun lalu, diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim membuat perintah itu ke atas Arsit Indanan, 26, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya dan memeritahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu.
Mahkamah menetapkan 1 Feb untuk pembelaan Arsit.
Arsit didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam kereta Proton Saga FLX antara pukul 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei, 2019 di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.
Dia pada 23 Sept 2021 mengaku dibicarakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaoon, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan memanggil 23 saksi di peringkat pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Rozana Abdul Hadi mengendalikan pendakwaan manakala peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman mewakili Arsit.
Sementara menunggu perbicaraan pembelaan, Arsit diperintahkan direman kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.