KINABATANGAN: Seorang pemandu lori sampah Majlis Daerah Kinabatangan maut apabila lori yang dipandunya terbabas di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa Jaya pada pagi Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.
Difahamkan, lori sampah yang dipandu oleh Mohamad Izuan Mambasang, 39 tahun, telah terbabas sendiri sebelum terbalik.
“Manakala dua orang mangsa lagi iaitu kelindan lori dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata Azlan dalam kenyataan media.