SANDAKAN: Satu mayat ditemukan di dalam parit berhampiran SK Mawar, Batu 5, disini, pada petang tadi.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari polis memohon bantuan mengambil mayat yang berada di dalam parit berkenaan.
Pasukan bomba telah mengangkat mayat tersebut menggunakan tali dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.