LAHAD DATU: Penduduk terkejut melihat belalai air muncul dari permukaan laut berhampiran Pulau Sakar, di sini, pada Sabtu.
Gambar belalai air itu disebarkan secara meluas di media sosial oleh orang ramai.
Gambar tersebut mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai. Mujurlah, ia hilang tanpa menyebabkan sebarang kerosakan kira-kira 10 minit kemudian.