KAMI datang nak buat ‘research’. Kami nak tengok sambutan peminat di Sabah, betulkah mereka perlukan Butterfingers.”
Itu kata pemain bass Butterfingers, Kadak apabila ditanya mengenai prospek kumpulan rock grunge itu untuk mengadakan konsert solo di negeri ini.
Kehadiran band terbabit buat julung kali ke negeri ini sempena Borneo Rock Festival (BRF) 2023, hujung tahun lalu, jelas mencetuskan keterujaan penyokong tegarnya.
Boleh dikatakan kelompok peminat kumpulan yang terkenal dengan lagu seperti Vio-pipe, Girl Friday dan Royal Jelly ini antara yang paling ramai daripada kira-kira 8,000 penonton menghadiri festival berkenaan.
Advertisement





