Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Pengairan Sabah diminta selenggara anak sungai Kampung Melabau
Published on: Monday, January 15, 2024
Published on: Mon, Jan 15, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Jabatan Pengairan Sabah diminta selenggara anak sungai Kampung Melabau
ANAK sungai dipenuhi oleh rumput rampai.
BEAUFORT: Pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengairan Sabah (JPS) perlu membersih dan menyelenggara sebatang anak sungai di jalan Kampung Melabau kerana ianya sudah ditumbuhi semak samun.

Seorang penduduk, Tarisin Abdullah, berkata anak sungai tersebut terlalu semak, menyebabkan pengairan air sungai keluar ke sungai besar tidak lancar terutama ketika hujan lebat.

Advertisement
Pembersihan anak sungai tersebut biasanya akan dilakukan oleh JPS setahun dua kali iaitu setiap enam bulan sekali namun kali ini hanya sekali setahun dan sebab itulah sungai ini ditumbuhi semak samun, katanya.

“Jika hujan lebat turun maka akan berlaku banjir sehingga menyukarkan penduduk menggunakannya sama ada pejalan kaki mahu pun pengguna kenderaan,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jelasnya, banjir setinggi 1 meter boleh berlaku dan ini menyukarkan penduduk, sama ada mahu melaluinya atau yang mengambil buah kelapa sawit.

Ini, katanya, akan menjejaskan kerja-kerja di ladang  sawit malah  menghalang  penduduknya menggunakan laluan tersebut dan terpaksa menggunakan laluan di tempat lain yang lebih jauh.  

Advertisement
Kerajaan terutama sekali JPS perlu bertindak membersihkan anak sungai ini bagi memastikan penduduk tidak bermasalah untuk menggunakan jambatan yang ada, katanya.

Tarisin juga memberitahu, di tempat lain sungai-sungai telah dibersihkan namun sungai di Kg Melabau ini juga perlu diberi perhatian demi keselesaan penduduk.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here