Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Anak Ketua Menteri nafi terlibat kartel dadah
Published on: Monday, January 15, 2024
Published on: Mon, Jan 15, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Anak Ketua Menteri nafi terlibat kartel dadah
REZA mengemukakan laporan berhubung tuduhan ke atas dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Tuaran: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan dirinya ditahan apabila dinyatakan terlibat dalam kegiatan kartel dadah terbesar di negeri ini melalui laman sosial, pada Ahad.

Susulan kenyataan yang didakwa fitnah itu, beliau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran mengemukakan laporan berhubung ter maklumat yang mengaitkan dirinya terlibat kegiatan dadah berkenaan.

Advertisement
Dalam laporan terbabit, Mohd Reza menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya adalah antara sepuluh individu diketuai Uppik yang diserbu dan ditangkap pada 25 Disember lalu.

Beliau berkata, tuduhan dan fitnah yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp mengaitkan beliau dengan kegiatan itu tidak benar dan hanya bertujuan menjejaskan reputasi dirinya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua dakwaan terhadap saya yang mengaitkan dengan kegiatan dadah adalah tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik diri serta keluarga,” katanya dalam laporan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan dalang atau individu yang menjadi punca menyebarkan tuduhan palsu.

Advertisement
Sejak petang Ahad, satu rantaian mesej atau kenyataan bersama gambar Reza mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut dikatakan terlibat dalam kartel dadah di Sabah.

Malahan, ia turut mengaitkan Reza adalah antara sepuluh individu diketuai Uppik yang diserbu dan ditangkap pada 25 Disember lalu.

Advertisement
Pada 25 Disember lepas, ketua sindiket dadah bergelar “Datuk” antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini yang dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here