Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Isu air di Luyang: Phoong gesa Jabatan Air sedia penyelesaian jangka pendek
Published on: Monday, January 15, 2024
Published on: Mon, Jan 15, 2024
Text Size:
Text:
Isu air di Luyang: Phoong gesa Jabatan Air sedia penyelesaian jangka pendek
PHOONG ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Golden Hill Garden dan Taman Waja.
Kota Kinabalu: Adun Luyang Datuk Phoong Jin Zhe menggesa Jabatan Air Sabah merangka penyelesaian jangka pendek bagi menangani krisis bekalan air berpanjangan yang dialami penduduk Golden Hill Garden dan Taman Waja di Luyang.

Menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap penduduk terjejas, Phoong yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, menekankan betapa seriusnya krisis bekalan air dan menegaskan komitmennya untuk mencari penyelesaian.

Advertisement
“Saya memandang serius isu ini dan saya benar-benar kecewa kerana Golden Hill Garden dan Taman Waja mengalami isu air selama lebih setahun. Menyelesaikan perkara ini adalah keutamaan saya,” katanya selepas bertemu penduduk baru-baru ini.

Turut hadir wakil Jabatan Air Sabah, Ismail yang bertugas sebagai juruteknik kawasan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi menyelaraskan komunikasi dan memupuk tindak balas lebih segera terhadap situasi yang sedang berlaku, Phoong juga mengambil pendekatan celik teknologi dengan menyediakan kumpulan sembang WhatsApp khusus yang terdiri daripada penduduk dari Golden Hill Garden dan Taman Waja.

“Ini akan membolehkan saya memantau sendiri keadaan. Sekiranya berlaku pemotongan air, wakil penduduk boleh memaklumkan kepada saya dengan segera melalui kumpulan berkenaan,” katanya.

Advertisement
“Saya akan terus komited untuk menyelesaikan isu mendesak ini dan memastikan kesejahteraan penduduk terjejas di Luyang,” kata Phoong yang mendapatkan pembabitan Jabatan Air Sabah dan menggunakan alat komunikasi moden, berusaha untuk menyegerakan langkah bantuan kepada penduduk Golden Hill Garden dan Taman Waja.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here