Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Paras takungan menurun punca masalah air di Ujana Kingfisher
Published on: Tuesday, January 16, 2024
Published on: Tue, Jan 16, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Paras takungan menurun punca masalah air di Ujana Kingfisher
KAKITANGAN Jabatan mengeluarkan sendat udara di satu bahagian Lorong Ujana 11 ini.
JABATAN Air memantau takungannya di satu bahagian Inanam ekoran paras air yang menurun di pepasangan ini menyebabkan masalah bekalan di Ujana Kingfisher baru-baru ini.

Jurucakap agensi itu berkata tekanan air di beberapa rumah di kejiranan berkenaan lemah, manakala ada yang tidak menerima setitis air pun disebabkan keadaan di takungan R13nya.

Advertisement
“Kami terpaksa melakukan langkah pengimbangan air dan penentukuran tekanan selama beberapa hari bagi menstabilkan bekalan ke kawasan perumahan terjejas,” katanya.

TEKANAN air di hadapan rumah di Lorong Ujana 13 ini didapati boleh diterima.

Dia mengulas aduan daripada dua pengguna di Ujana Kingfisher yang terputus bekalan selama beberapa hari.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setiap pemilik rumah ini menghubungi Jabatan itu mengenai paip kering di premis mereka. Mereka kecewa kerana kakitangan Careline jabatan tidak dapat memberitahu bila mereka akan mendapatkan semula air paip mereka.

Jurucakap itu berkata kakitangan agensi itu, kemudiannya, datang ke Ujana Kingfisher untuk mengeluarkan sebarang kunci udara yang terbentuk dalam paip agihan yang disambungkan ke meter individu di sana.

Advertisement
“Mereka mengesahkan air sampai kepada pemilik meter, pada waktu itu dan tekanan bekalan adalah kuat.

“Semakan juga dibuat ke atas rumah pam kami untuk kejiranan berkenaan. Kakitangan kami mengesahkan pam telah diaktifkan dan tangki atas tanah di kawasan itu penuh.”

BEKALAN didapati sampai ke tangki atas tanah di rumah pam untuk kejiranan dan bekas ini penuh.

Advertisement
Agensi itu menggesa kakitangannya supaya lebih peka mengenai sebarang gangguan di R13 bagi meminimumkan kemungkinan penggunanya mengalami kesulitan sama pada masa hadapan, menurutnya.

Jurucakap itu berkata ia berharap peralatan di rumah pamnya di Ujana Kingfisher berfungsi seperti yang sepatutnya dengan meningkatkan paras di takungan.

“Penderia mematikan pam air, apabila paras rendah, dan menghidupkannya, apabila paras mencapai ketinggian yang diperlukan.”

Dia berkata, dari semasa ke semasa, pam itu terpaksa dihidupkan semula secara manual, selepas gangguan elektrik.

“Pengendali pam kami telah diminta untuk lebih peka mengenai sebarang gangguan dan lebih cepat bagi menghidupkan peranti ini selepas kuasa dipulihkan.”

Terdapat dua pam ditempatkan di pepasangan itu: satu untuk kegunaan harian, manakala satu lagi pam ganti, menurutnya.

Jurucakap itu berkata penyelenggaraan dilakukan ke atas pam berkenaan dua atau tiga bulan sekali, mengikut jadual ditetapkan.

“Kerja ini membabitkan memastikan panel kawalan, termasuk penderia automatik, berfungsi dengan baik.

“Komponen pam diletakkan gris apabila perlu.”

INJAP rosak, yang menyebabkan air melimpah berkali-kali berkala dari tangki bertingkat ini, akan dibaiki. 

Katanya, juruteknik Jabatan diminta meningkatkan pemeriksaan ke atas peranti ini bagi memastikan ia tidak rosak.

“Ini dilakukan setiap hari di kawasan terpilih dari Ujana Kingfisher sehingga ke KKIP yang dikenal pasti sebagai ‘kawasan bermasalah’.”

Memandangkan masalah air yang berulang, dia berkata agensi itu sedang menimbangkan bagi menyalurkan bekalan untuk kejiranan berkenaan melalui takungan alternatif.

“Kami sedang membina takungan baharu di sepanjang Jalan Sulaman, berhampiran Kg Sabagon, dan mungkin saluran agihan utama Ujana Kingfisher dipindahkan dari R13 ke takungan baharu.

“Diharapkan usaha ini akan dapat mencegah paip di kejiranan itu daripada kering berkali-kali.”

Katanya, Jabatan masih berbincang sama ada untuk meneruskan rancangan ini.

Sementara itu, ia bercadang bagi membaiki lekapan sedia ada di tangki bertingkat di satu bahagian kejiranan itu, dan memasang yang baharu, untuk memastikan tempat penyimpanan ini tidak melimpah.

Jurucakap itu berkata “injap altitude” yang rosak secara berkala menyebabkan air hujan melimpah dari platform di mana tangki-tangki itu terletak. 

“Kami sudah menempah alat ganti dan sedang menunggu ia tiba,” katanya.

“Injap sehala akan dipasang apabila pembaikan ini dijalankan.”

Agensi itu buat sementara waktu berharap untuk melaksanakan kerja ini pada “dua minggu akan datang”, menurutnya.

Tindakan Jabatan itu didorong oleh laporan mengenai bekalan yang melimpah dari tempat penyimpanan air ini, berkali-kali, sejak beberapa bulan lalu.

Penduduk, yang memaklumkan perkara ini kepada Hotline, berkata pembaziran itu amat mendukacitakan, memandangkan bekalan yang tidak menentu di Ujana Kingfisher.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here