Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Borneo miliki pusat timbang tara paling canggih di Malaysia
Published on: Friday, January 19, 2024
Published on: Fri, Jan 19, 2024
By: Wu Vui Tek
Text Size:
Text:
Borneo miliki pusat timbang tara paling canggih di Malaysia
David berkata, Bicam turut menawarkan sistem pemfailan maya sepenuhnya, membolehkan penyerahan dokumen dan bukti dalam talian dari mana-mana sahaja di dunia. - Picture by Choo Choy May
Kota Kinabalu: Pusat Timbang Tara dan Pengantaraan Antarabangsa Borneo (Bicam) bakal menjadi pusat paling canggih di Malaysia bagi penyelesaian pertikaian lebih pantas dan cekap.

Pusat itu kini dilengkapi dengan bilik pendengarannya yang serba baharu dengan teknologi terkini, menjadikannya yang paling canggih di Malaysia.

Advertisement
Kemudahan canggih ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat transkripsi Scribe Synergy Sdn Bhd (SCRIBE) termasuk kemudahan suara-ke-teks masa nyata, persidangan video lancar, liputan kamera berbilang sudut, rakaman berkualiti tinggi dan pengendalian dokumen interaktif.

Pengerusinya Tan Sri David Wong berkata, Bicam turut menawarkan sistem pemfailan maya sepenuhnya, membolehkan penyerahan dokumen dan bukti dalam talian dari mana-mana sahaja di dunia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pesara ketua hakim Sabah dan Sarawak itu berkata ia akan menghapuskan keperluan untuk dokumentasi fizikal dan menjadikan penyelesaian pertikaian lebih mudah.

“Bicam komited untuk menyediakan pengalaman penyelesaian pertikaian yang terbaik. Bilik pendengaran baharu kami dan sistem pemfailan maya hanyalah contoh terkini bagaimana kami menggunakan teknologi untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kebolehaksesan bagi semua orang terbabit,” kata Wong.

Advertisement
Dengan tumpuannya kepada inovasi dan kemudahan, beliau berkata, Bicam bersedia untuk menjadi pusat timbang tara dan pengantaraan terkemuka di Malaysia dan rantau ini.

Beliau berkata, ia bukan sahaja membantu perniagaan dan individu yang ingin menyelesaikan pertikaian, tetapi juga seluruh wilayah Borneo, kerana ia mampu menarik pelaburan asing dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here