Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wabak campak di Penampang: Jabatan gesa dapatkan imunisasi
Published on: Saturday, January 20, 2024
Published on: Sat, Jan 20, 2024
Text Size:
Text:
Wabak campak di Penampang: Jabatan gesa dapatkan imunisasi
Dr Asits menasihatkan individu bergejala untuk mengamalkan etika batuk dan bersin dengan menutup mulut serta mencuci tangan selepas itu bagi mengelakkan penularan.
PENAMPANG: Tujuh kes baharu campak dilaporkan di daerah ini dalam dua minggu pertama 2024 sahaja.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 52 kes sejak hujung 2023.

Advertisement
Katanya, sebanyak 65 peratus pesakit merupakan bukan warganegara. Julat umur bagi bilangan kes tertinggi ialah antara 7 hingga 17 tahun (46 peratus) diikuti 2 hingga 6 tahun (23 peratus).

“Dalam kebanyakan kes (87 peratus), pesakit tidak pernah menerima imunisasi. Sebanyak 27 lokaliti direkodkan dalam tempoh tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Enam lokaliti tertinggi ialah di Kg Kobusak (8 kes), Kg Tunoh (5 kes), Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) Cerdas, Kg Limbanak (4 kes), Kg Lembah Impian (4 kes), Kg Tuavon ( 4 kes) dan Kg Kolopis (4 kes),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata wabak campak dilaporkan di Kg Limbanak melibatkan 37 kes dengan kaitan epidemiologi antara lokaliti lain.

Advertisement
“Kebanyakan pesakit telah pulih. Hanya ada satu kes yang memerlukan kemasukan ke hospital. Bagaimanapun, pesakit telah pulih dan telah dibenar pulang,” jelasnya.

Bagi membendung penularan kes campak dalam kalangan masyarakat, JKNS melalui Pejabat Kesihatan Penampang giat menjalankan aktiviti kawalan termasuk siasatan kes secara menyeluruh. Aktiviti imunisasi bersasar untuk kanak-kanak adalah salah satu daripadanya, selain aktiviti promosi kesihatan.

Advertisement
Campak adalah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, dan disebabkan oleh virus campak.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit kepada orang lain melalui udara melalui titisan cecair dari mulut dan hidung apabila bercakap, batuk atau bersin.

Jangkitan campak dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan perlindungan imunisasi melebihi 95 peratus pada setiap masa.

Asits berkata, ini akan memberikan perlindungan kepada masyarakat melalui kesan imuniti kelompok.

“Justeru, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi campak yang lengkap,” tegasnya.

Di Sabah, suntikan campak diberikan pada usia 6 bulan, 9 bulan dan kemudian pada usia 1 tahun boleh didapati di kemudahan kesihatan Kerajaan dan swasta.

Asits menasihatkan individu bergejala untuk mengamalkan etika batuk dan bersin dengan menutup mulut serta mencuci tangan selepas itu bagi mengelakkan penularan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here