Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kinabalu Geopark beri manfaat kepada penduduk tiga daerah
Published on: Sunday, January 21, 2024
Published on: Sun, Jan 21, 2024
By: Mabulmaddin Shaiddin
Text Size:
Text:
Kinabalu Geopark beri manfaat kepada penduduk tiga daerah
HAJIJI melakukan gimik perasmian majlis.
KOTA BELUD: Kinabalu Unesco Global Geopark (KUGGp) mampu memberi limpahan ekonomi kepada semua lapisan masyarakat, khususnya 291,300 penduduk di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan keluasan 4,750 kilometer persegi, KUGGP yang meliputi tiga daerah itu juga membabitkan 423 kampung.

Advertisement
“Kewujudan geopark ini akan memberi banyak peluang kepada komuniti terutama dalam meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pelancongan dan pengekalan budaya di kawasan itu.

“Sudah pasti ini memberi manfaat besar seperti peluang perniagaan, pekerjaan dan pelancongan. Kewujudan geopark ini memberi manfaat kepada pesawah padi di Kota Belud, pekebun kelapa di Kota Marudu dan pekebun sayur di Kundasang, Ranau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Antaranya adalah melalui pendekatan seperti peluang pemasaran ke seluruh dunia yang sekali gus meningkatkan jumlah kemasukan pelancong di kawasan geopark.

Selain itu program pendidikan dan kesedaran mengenai amalan kelestarian di kawasan geopark dapat memberi nilai tambah kepada hasil pertanian,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemasyhuran Kinabalu Unesco Global Geopark dan Pelancaran Sambutan Jubli Intan Taman-Taman Sabah di Dataran Kota Belud, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong; Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob dan Pegawai Daerah Kota Belud, Hj Bakri Nanun.

Advertisement
Beliau berkata, peningkatan infrastruktur di kawasan geopark akan membawa kepada pembangunan jaringan jalan raya dan kemudahan awam, yang memudahkan pengangkutan hasil pertanian, selain peluang perniagaan seperti inap desa. 

“Ini mencipta peluang pekerjaan baharu seperti pemandu pelancong yang akan diisi oleh anak-anak tempatan,” katanya.

Ketua Menteri menambah, pengiktirafan sebagai geopark itu juga adalah satu pencapaian yang baik bagi kerajaan negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri serta Taman-Taman Sabah.

“Jelas sekali Hala Tuju SMJ adalah selari dengan konsep geopark dan sudah pasti kawasan ini bakal menjadi destinasi geo-pelancongan global pada masa akan datang. 

“Justeru, tiga tumpuan utama geopark iaitu pemuliharaan sumber alam, pembangunan infrastruktur asas dan penjanaan sosioekonomi rakyat tempatan yang mendiami kawasan ini perlu penekanan.

“Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 juga telah diterima daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Selanjutnya kita akan bawa unuk dibincangkan di Jemaah Kabinet Negeri Sabah untuk mendapat persetujuan sekali gus boleh diterimapakai oleh kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak terutama penduduk di persekitaran geopark ini turut berganding bahu dengan kerajaan untuk memelihara khazanah negeri ini daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana pengiktirafan ini adalah satu pencapaian yang amat bermakna kepada negara, khususnya negeri ini, dalam usaha memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan geopark yang memiliki nilai antarabangsa.

“Ini adalah khazanah kekayaan negeri Sabah untuk kita pelihara dan gunakan sebagai modal pembangunan ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan untuk mendapat manfaat yangberterusan daripadanya,” ujar beliau.

KUGGp telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) di Paris pada 24 Mei tahun lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here