Kota Kinabalu: Nilai integriti perlu diamalkan dalam kalangan komuniti perniagaan bagi memastikan kepuasan pengguna dapat dipenuhi, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib.
"Berdasarkan kajian yang dibuat melalui aduan pengguna, kebanyakan pengguna menghadapi masalah peniaga yang tidak mengikut kehendak dan kepuasan serta tidak tahu hak mereka sebagai pengguna.
“Sesuatu perkhidmatan yang sentiasa dekat dengan pengguna perlu dilihat sebagai perkhidmatan yang sentiasa menjadikan integriti sebagai teras utama dalam setiap amalan.
“Sehubungan itu, budaya kerja yang menggabungkan disiplin, tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti serta menjaga kerahsiaan perlu menjadi identiti setiap peniaga dalam menjalankan transaksi harian,” jelasnya.
Advertisement





